Article ID Journal Published Year Pages File Type
1113695 Procedia - Social and Behavioral Sciences 2014 10 Pages PDF
Abstract

AbstrakKajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan jenis rencana.Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasi eksperimen dengan membahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang diajar secara tradisional dan kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan perisian iMindMap. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai empat puluh empat orang pelajar Tahun 5 berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah kerajaan di daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam. Instrumen yang diguna pakai untuk kajian ini ialah rancangan persediaan mengajar, perisian iMindMap dan ujian penulisan karangan.Hasil kajian dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, ujian-t bebas, Cohen's d dan ujian ANCOVA.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca.Dapatan kajian juga membuktikan bahawa penggunaan iMindMap bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan malah dalam aspek isi, bahasa dan teknik karangan.Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap pembelajaran yang lebih menyeronokan dan mendorong penglibatan aktif pelajar di samping menambah corak pengajaran karangan yang lebih bersistematik dan menarik.

Related Topics
Social Sciences and Humanities Arts and Humanities Arts and Humanities (General)