کد مقاله کد نشریه سال انتشار مقاله انگلیسی نسخه تمام متن
1113684 1488425 2014 8 صفحه PDF دانلود رایگان
عنوان انگلیسی مقاله ISI
Analisis Al-mafcul Al-mutlaq Dalam Surah–surah Al-mufassal: Satu Kajian Kemukjizatan Linguistik Al-Quran
موضوعات مرتبط
علوم انسانی و اجتماعی علوم انسانی و هنر هنر و علوم انسانی (عمومی)
پیش نمایش صفحه اول مقاله
Analisis Al-mafcul Al-mutlaq Dalam Surah–surah Al-mufassal: Satu Kajian Kemukjizatan Linguistik Al-Quran
چکیده انگلیسی

Korpus kajian ini melibatkan dua dimensi iaitu dimensi agama dan dimensi linguistik. Dimensi agama dapat dijelaskan melalui penglibatan al-Quran yang mendasari kajian ini. Sementara dimensi linguistik dapat dikesan melalui pengaplikasian bahasa Arab yang merupakan medium al-Quran itu sendiri. Salah satu elemen tatabahasa bahasa Arab dalam gugusan “akusatif” (al-Mansubat) iaitu al-Mafcul al-Mutlaq (absolute accussive) dipilih sebagai wacana kajian bagi membuktikan bahawa kemukjizatan linguistik al-Quran bukan sahaja terletak pada keunggulan retorika dan seni sasteranya, namun ianya bermula daripada keunggulan pembentukan sistem sintaksis (al-Tarkib) dan morfologinya (al-sarf). Bagi menjelaskan fenomena ini, surah-surah al-Quran dari ketegori al-Mufassal iaitu bermula dari surah Qaf hingga surah al-Nas dianalisis secara induktif bagi mendapatkan data-data yang relevan dan signifikan untuk mengesan aspek-aspek kemukjizatan yang terkandung dalam pembentukan sintaksis dan pola morfologi elemen al-Mafcul al-Mutlaq. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik analisis dokumen dan kajian keperpustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesignifikanan di antara pengaplikasian elemen al-Mafcul al-Mutlaq dengan jenis-jenis ayat al-Quran yang terdiri daripada ayat-ayat al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah, dan terdapat juga kesignifikanan penggunaan al-Mafcul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal dalam al-Quran yang dapat membuktikan bahawa skop kemukjizatan linguistik al-Quran dapat diperhati dan diteliti dalam sistem-sistem yang lebih kecil seperti sistem fonologi, morfologi dan sintaksisnya yang mendasari pembentukan dan kewujudan unsur-unsur wacana dan primasastera al-Quran yang sememangnya menjadi icjaz yang mencabar kelemahan dan kekurangan setiap yang mencabarnya dalam alam linguistik.

ناشر
Database: Elsevier - ScienceDirect (ساینس دایرکت)
Journal: Procedia - Social and Behavioral Sciences - Volume 134, 15 May 2014, Pages 283-290