کد مقاله کد نشریه سال انتشار مقاله انگلیسی نسخه تمام متن
1113685 1488425 2014 7 صفحه PDF دانلود رایگان
عنوان انگلیسی مقاله ISI
Genre Puisi Lisan Tradisional Kadazandusun (sudawil): Bahasa Perlambangan Dalam Sudawil Percintaan Dan Kasih Sayang Dari Dimensi Alam Dan Budaya
موضوعات مرتبط
علوم انسانی و اجتماعی علوم انسانی و هنر هنر و علوم انسانی (عمومی)
پیش نمایش صفحه اول مقاله
Genre Puisi Lisan Tradisional Kadazandusun (sudawil): Bahasa Perlambangan Dalam Sudawil Percintaan Dan Kasih Sayang Dari Dimensi Alam Dan Budaya
چکیده انگلیسی

Ungkapan bahasa dalam sudawil yang halus, ringkas, padat dan bernas mempunyai pengertian yang tersirat, maka dalam perbincangan ini diusahakan untuk meneliti aspek bahasa perlambangan yang terdapat dalam sudawil percintaan dan kasih sayang masyarakat Kadazandusun. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, rakaman kaset dan kaedah trankripsi dengan berdasarkan rangkuman menyeluruh kerangka Analisis Komponen Makna oleh J.J.Katz (1972) yang antara lainnya berandaian bahawa elemen makna itu membayangkan struktur kognitif dan struktur pengamatan organisasi manusia. Andaian mengenai struktur kognitif dan struktur pengamatan organisasi manusia juga berkait rapat dengan penggunaan bahasa perlambangan yang dikenal pasti turut hadir dalam sudawil percintaan dan kasih sayang. Hasil kajian ini mendapati bahawa bahasa perlambangan dalam sudawil tersebut terhasil melalui renungan alam dan proses pengalaman yang berasaskan alam dan budaya dalam kehidupan seharian masyarakat pendukungnya. Bahasa perbandingan yang digunakan merupakan aturan tingkah laku atau nasihat yang mempunyai nilai untuk dijadikan pedoman atau dihindari oleh masyarakat. Tingkah laku seperti ini mempunyai peraturan dan menyangkut juga larangan-larangan yang menggambarkan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan kehidupan, manusia dengan waktu dan manusia dengan alam. Penelitian ini penting untuk memperjelaskan bahawa bahasa perlambangan dalam sudawil adalah merupakan bahasa kiasan atau perbandingan yang mempunyai nilai dan tafsiran yang tidak mempunyai kategori literal dengan makna sebenarnya. Ia perlu untuk memberi kefahaman kepada masyarakat pendukungnya agar komunikasi lebih berkesan.

ناشر
Database: Elsevier - ScienceDirect (ساینس دایرکت)
Journal: Procedia - Social and Behavioral Sciences - Volume 134, 15 May 2014, Pages 291-297