کد مقاله کد نشریه سال انتشار مقاله انگلیسی نسخه تمام متن
1113696 1488425 2014 9 صفحه PDF دانلود رایگان
عنوان انگلیسی مقاله ISI
Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Prasekolah
ترجمه فارسی عنوان
تاثیر استفاده از نرم افزار اساسی در دستیابی به خواندن یک سطح پیش دبستانی؟
موضوعات مرتبط
علوم انسانی و اجتماعی علوم انسانی و هنر هنر و علوم انسانی (عمومی)
چکیده انگلیسی

AbstrakMembaca merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid bagi membolehkan mereka mengikuti dan menguasai mata-mata pelajaran yang lain seperti Sains, Matematik dan lain-lain. Walau bagaimanapun, hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan murid di sekolah rendah masih belum dapat menguasai kemahiran membaca. Jadi, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian asas membaca murid-murid peringkat prasekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan seramai 22 orang sampel murid prasekolah di sebuah sekolah di Daerah Brunei dan Muara. Sampel kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan perisian asas membaca (PAM) dan kumpulan kawalan yang diajar secara pengajaran tradisional (PT). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca di antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian asas membaca murid-murid peringkat prasekolah. Selain itu, hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid.

ناشر
Database: Elsevier - ScienceDirect (ساینس دایرکت)
Journal: Procedia - Social and Behavioral Sciences - Volume 134, 15 May 2014, Pages 399-407