کد مقاله کد نشریه سال انتشار مقاله انگلیسی نسخه تمام متن
1113701 1488425 2014 8 صفحه PDF دانلود رایگان
عنوان انگلیسی مقاله ISI
Persamaan Dan Perbezaan Sebutan Dan Makna Dalam Pelbagai Dialek Bahasa Kadazandusun
موضوعات مرتبط
علوم انسانی و اجتماعی علوم انسانی و هنر هنر و علوم انسانی (عمومی)
پیش نمایش صفحه اول مقاله
Persamaan Dan Perbezaan Sebutan Dan Makna Dalam Pelbagai Dialek Bahasa Kadazandusun
چکیده انگلیسی

AbstrakKadazandusun merupakan penduduk paling ramai di Sabah. Mereka mempunyai pelbagai subetnik. Antaranya ialah keluarga Dusunik seperti Bisaya, Bonggi, Bundu, Dumpas, Dusun, Garo, Gonsomon, Kadazan, Kimaragang, Lintaga, Liwan, Lotud, Minokok, Nulu, Panansawa, Rumanau, Rungus, Sinarupa, Sindapak, Sokid, Sonsogon, Tagahas, Tanggara, Tatana, Tidong, Tingaras, Tindal, Tobilong, Tolinting dan Tuhawon (Dayu Sansalu, 2008, :432). Ada juga sub-etnik rumpun Dusun dalam keluarga Paitanik seperti Abai Sungai, Bagahak, Kawananan, Kelobuon, Lingkabau, Lobou, Makiang, Melapi, Paitan, Pingas, Sungai, Sukang, Talantang, Sondayo dan Tombonuo (Dayu Sansalu, 2008, ). Selain mereka ada juga sub-etnik keluarga Murutik seperti Alumbis, Baukan, Gana, Kalabakan, Kwijau, Kolod, Lundayeh, Lun Bawang, Nabai, Okolor, Paluan, Selungai, Serudung, Sembangkung, Sumambu, Tagal dan Timogon (Dayu Sansalu, 2008). Mereka ini dianggap sebagai rumpun Kadazandusun dan mempunyai dialek bahasa masing-masing. Dalam rumpun bangsa Kadazandusun terdapat lebih kurang 10 bahasa dan 27 dialek (Wilfred Madius Tangau, 1989). Mungkin juga lebih dari itu. Hal ini menunjukkan rumpun Kadazandusun mempunyai pelbagai dialek bahasa yang unik. Adalah dipercayai dialek-dialek bahasa tersebut pada awalnya adalah sama, kerana mereka dipercayai datang dari rumpun dan keturunan yang sama. Persoalanya kenapa berlaku perbezaan antara dialek-dialek tersebut? Apakah masih wujud persamaan yang ketara antara dialek-dialek berkenaan? Kertas kerja ini cuba mendapatkan jawapan terhadap persoalan tersebut.

ناشر
Database: Elsevier - ScienceDirect (ساینس دایرکت)
Journal: Procedia - Social and Behavioral Sciences - Volume 134, 15 May 2014, Pages 446-453